Monday, 25 June 2012

Sistem Penilaian


·         Kerja Kursus Pendek (KKP)                50 %
            Peperiksaan Akhir                                  50 %

Sinopsis Kursus


Kursus ini merangkumi proses perkembangan  kanak-kanak dari sudut fitrah  kejadian manusia menurut perspektif agama dan biologi; faktor-faktor yang  mempengaruhi  perkembangannya; prinsip-prinsip asas perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan dan teori-teori yang berkaitan; implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran serta ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.
This course encompasses the developmental process of a child, nature of human beings from the religious and biological perspectives; factors that influence the development of the child; basic principles of child development; different stages of development;  the underpinning theories of child development; implications on teaching and learning; development of children with special needs.

Hasil Pembelajaran


1.     Menjelaskan  fitrah kejadian manusia daripada aspek agama dan biologi.
2.     Menerangkan prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak.
3.     Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
4.     Membuat perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi  peringkat perkembangan kanak- kanak dengan teori–teori perkembangan yang berkaitan.
5.     Mengaplikasi teori-teori perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.     Mengenal pasti kategori dan ciri-ciri  kanak-kanak berkeperluan khas.
7.   Mempamerkan sifat-sifat bersyukur  atas anugerah Tuhan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Rasional Kursus

Pelajar  akan dapat  mengetahui  perkembangan kanak-kanak dan  membuat perkaitan  antara  teori – teori perkembangan dengan pengajaran-pembelajaran  selain mengaplikasikan teori teori perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

blogger templates | Make Money Online